Andainya
lelaki tahu..
Apabila
seorang perempuan jatuh cinta..
Lelaki itu
tidak semestinya punya segalanya..
Tetapi
lelaki itu adalah segalanya dihatinya.
Andainya
lelaki tahu..
Apabila
seorang perempuan itu mengalirkan air mata..
Itu bukan
bermakna dia lemah..
Tetapi dia
sedang mencari kekuatan
Untuk terus
tabah menyintai lelaki itu
Andainya
lelaki tahu..
Apabila
perempuan banyak bercakap..
Dia tak
pernah bermaksud untuk membuat anda rimas..
Tetapi dia
mahu lelaki itu mengenalinya dengan lebih dekat..
Andainya
lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda
berubah..
Itu bukan
bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya..
Tetapi dia
mahu menjadikan anda lebih baik..
Bukan untuk
dirinya..
Tetapi
untuk masa depan anda..
Kadang2 dia
terlalu risau sekiranya terlalu percaya..
Anda akan
mengkhianati kepercayaan yang diberi..
Naluri
keibuanya terlalu kuat..
Dia hanya
mahukan yang terbaik untuk anda..
Andai
lelaki tahu..
Apabila
perempuan merajuk..
Jangan kata
dia mengada-ngada..
Dia bukannya
mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen..
Tetapi
cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai..
Andai
lelaki tahu..
Apabila
perempuan jarang mengatakan ‘I love u’
Itu tidak
bermaksud dia tidak menyintai
Tetapi dia
mahu lelaki itu merasai sendiri
cintanya..
Bukan hanya
hadir dari kata-kata
Tetapi juga
melalui perlakuaanya..
Andai
lelaki tahu,
Apabila
perempuan kata dia rindu pada kamu,
Dia
benar-benar maksudkannya,
Apabila
berjauhan,
Bayanganmu
akan sentiasa bermain di matanya.
Andai
lelaki tahu,
Apabila
perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
Jangan
percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu,
Dia mahu
melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun
sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Andai
lelaki tahu,
Dia bukan
bermaksud untuk menjadi degil
Tetapi dia
mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah,
hati perempuan inu sangat lembut,
Andai kena
caranya,
Jangan
terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai
lelaki tahu,
Apabila
perempuan berkata,
“tolong
tinggalkan saya!”,
Dia tidak
bermaksud untuk menyuruh anda pergi selamanya,
Dia hanya
ingin menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia
kembali tenang,
Percayalah
dia akan mencari anda semula.
Ini
tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan
sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu
emosional.
Tetapi
dialah yang paling menyayangi anda,
Dan sangat
sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andainya
lelaki tahu,
Sememangnya
Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri,
Tetapi
sekiranya mereka saling memahami,
Mereka akan
saling melengkapi dan menyempurnakan.
Jadi
hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
Kerana dia
didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
Tetapi dia
juga ada kekuatan untuk menyokong anda
Dan
membuat hidup anda lebih indah sempurna.
Dialah yang
bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu kepada anak-anak anda
.jpg)
No comments:
Post a Comment